Khamis, 13 Julai 2017

PANTAI MERDEKA - Cinta kita di Pantai Merdeka....



Pantai Merdeka adalah merupakan aset pelancongan yang popular di Kedah. Keindahan Pantai Merdeka dapat dilihat disepanjang trek pejalan kaki yang disediakan. Kehadiran pengunjung tempatan mahupun pelancong asing telah menjadikan Pantai Merdeka terkenal sebagai tempat percutian, perkelahan serta tempat mandi manda.




Merdeka Beach Resort adalah merupakan sebuah resort yang berada berhampiran pantai adalah antara penginapan yang menjadi tumpuan mereka yang mahu menginap di sini. Pihak resort ada menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa untuk pengunjung yang mahu menjadikan tempat ini sebagai tempat percutian. Selain itu, terdapat juga beberapa homestay dan chalet yang disediakan oleh penduduk setempat dengan kadar harga yang berpatutan.







  



Antara tarikan lain untuk berkunjung ke Pantai Merdeka adalah mempunyai kemudahan awam yang disediakan seperti taman permainan, wakaf, tandas awam, gerai makanan, surau, tempat meletak kenderaan yang luas dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pengawal pantai (JPA3) yang mengawal serta memantau keselamatan para pengunjung bermandi-manda di situ. Melalui Pantai Merdeka pengunjung juga boleh pergi ke Tanjung Dawai dengan menaiki bot. Kadar tambangnya hanya RM 2 dengan kadar perjalanan tidak sampai 10 minit. Kebiasaanya pengunjung yang berminat ke Tanjung Dawai akan membeli makanan laut yang telah dikeringkan seperti ikan bilis, ikan masin, belacan dan pekasam

Tiada ulasan: